Bahasa Menunjukkan Bangsa
BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
E-FOLIO
DUA 6022 - Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam
Bahasa Menunjukkan Bangsa
DTM5B / JUN 2019
Pensyarah : Ustaz Saiful Nizam Bin Mokhtar
Pensyarah : Ustaz Saiful Nizam Bin Mokhtar
Disedia oleh :
1. Siti NurNadia Binti Abdul Rashid (1079)
2. Intan Safura binti Saipul Anwar (1028)
3. Nur Jannah Binti Tokiman (1022)
4. Koshiela A/P Thamil Vanan (1037)
5. Sangarey Rochanaa A/P Ponnusamy (1055)
3. Nur Jannah Binti Tokiman (1022)
4. Koshiela A/P Thamil Vanan (1037)
5. Sangarey Rochanaa A/P Ponnusamy (1055)
Pengenalan
Maksud
peribahasa bahasa meunjukkan bangsa ialah “Budi bahasa atau perangai serta
tutur kata menunjukkan sifat dan tabiat seseorang (baik buruk kelakuan
menunjukkan tinggi rendah asal atau keturunan)”
Sepintas lalu peribahasa yang
sangat mudah tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam. Bahasa, dalam bentuk tuturan atau ucapan, sering
menjadi petunjuk utama dalam pengidentifikasian seseorang. Bahasa juga
mencerminkan kedudukan/posisi penutur dalam tata kemasyarakatannya . Bahasa mempunyai peranan yang sangat
penting dalam hal ini, kerana bahasa yang sempurna menunjukkan peradaban yang
tinggi dari bangsa pemilik bahasa tersebut.
Rakyat Malaysia tidak sepatutnya memandang enteng akan
peribahasa ini kerana Malaysia terdiri pelbagai bangsa serta budaya. Jika tidak
memartabatkan bahasa Melayu kita sendiri apakah orang Negara luar akan berasa
hormat akan bahasa kebangsaa kita iaitu bahasa melayu. Meskipun dalam Malaysia
mempunyai pelbagai jenis bahasa kita sudahpun akan tahu akan bangsa seseorang
itu. Jadi apabila kita berbahasa melayu pastinya orang Negara luar tahu aka
nasal usulnya diri kita. Itulah dinamakan bahasa menunjukkan bangsa.
Yang kurik ialah kundi,
yang merah ialah saga, Yang baik ialah budi, yang indah ialah bahasa."
Isi dan
Huraian
Orang Melayu terkenal dengan sifat bersopan santun
yang sering digambarkan melalui penggunaan Bahasa halus dalam komunikasi. Tanpa
kita sedar, kita sering menggunkan Bahasa halus dalam percakapan harian.
Sebagai contoh, rahmatullah (mati), dating bulan (haid), Pak Belang (harimau),
makan (melantak) dan sebagainya. Bahasa halus ialah Bahasa atau perkataan lain yang
lebih lembut yang digunakan untuk menggantkna perkataan yang kasar atau yang
boleh menyinggung perasaan orang lain. Dengan bahasa halus yang telah diturunkan
kepada generasi seterusnya, bahasa ini dapat diterapkan dalam kehidupan harian
generasi kini. Selain itu, bahasa ini telah menunjukkan bahawa Orang Melayu
tidak digalakkan menuturkan perkataan yang kasar kerana dianggap tidak sopan.
Bukan itu sahaja, bahasa halus ini juga telah dibiasakan dalam masyarakat
bangsa Malaysia yang terdiri daripada 3 kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan
India dalam penggunaan Bahasa Melayu di negara ini.
Tambahan pula,
Bahasa ilah alat perpaduan yang merupakan senjata paling penting untuk
merealisasikan Konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh yang amat berhormat,
Perdana Menteri kita yang keenam iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau
mewujudkan konsep ini kerana, melalui bahasa Malaysia kita mampu mencapai
persefahaman sesama rakyat tanpa mengira bangsa atau kaum. Bahasa Malaysia
sebagai bahasa perpaduan yang digunakan sebagai lambang penyatuan suara rakyat
Malaysia yang juga berfungsi sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat malaysia
agar negara sentiasa aman dan sentosa.
Bahasa
Malaysia
Asal usul bangsa Melayu Berasal daripada
Yunnan (Teori Yunnan) dan bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara .Bahasa Melayu adalah serumpun dengan
bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin
berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Sehubungan
dengan itu, Orang Melayu datang dari
Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai
dengan perpindahan Orang Negrito . Orang
ini merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu), Melayu Proto(Mereka mempunyai peradaban yang lebih
maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam), dan
juga Melayu Deutro(Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran
belayar). Budi bahasa menunjukkan peribadi,bahasa lambang keperibadian sesuatu
masyarakat baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah
keturunannya (asal usulnya).Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang
berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah dipersetujui
dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.
Bahasa Tamil
Bahasa Tamil merupakan
bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian.
Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India selatan dan Sri Lanka,
bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain. Tamil ialah salah
satu bahasa-bahasa kuno di dunia dengan sejarah yang menjangkau 6000 tahun dan
hasil sastera yang berusia lebih 2000 tahun. Asal-susl bahasa Tamil
tidaklah berapa jelas, namun bahasa ini berkembang dan mekar di India sebagai
bahasa berdikari yang kaya dengan sastera.
Karya sastera di India dipelihara sama ada pada manuskrip daun palma (menandakan
salinan berulang-ulang) atau melalui penyampaian oral, mengakibatkan
pentarikhan karya-karya tersebut mustahil.[7] Namun begitu, catatan kronologi
luaran dan bukti lingustik dalaman menunjukkan bahawa karya-karya paling lama
yang masih wujud barangkali disusun lebih kurang antara abad ke-2 SM dan abad
ke-10 Masihi. Bagi masyarakat india,
kepercayaan, ilmu pengetahuan dan sikap bergantung kepada penggunaan
simbol-simbol tertentu mengikut adat turun temurun yang telah diwarasi sejak
zaman dahulu lagi.
Bahasa Cina
Sebagai sebuah negara di Asia Timur
dengan jumlah penduduk paling ramai di dunia iaitu lebih 1.3 bilion orang,
martabat bahasa Cina bukan sekadar tertera di atas lembaran kertas tetapi
digunakan secara mantap dalam buku teks pelajar-pelajar dari sekolah rendah
hingga ke institusi pengajian tinggi, sektor kerajaan dan swasta. Penarafan dan pemerkasaan bahasan Cina sebagai
bahasa yang dijunjung juga berada pada tahap yang tinggi dan meluas
apabila bangunan rasmi kerajaan, pusat antarabangsa, institusi pengajian
tinggi, pusat beli-belah malah destinasi tarikan pelancongan seperti Dataran
Tian anmen, Istana Kota Larangan, Istana Musim Panas dan Tembok Besar
China menggunakan bahasa Cina. Melihat keutuhan bangsa China mempertahan dan
memperkasakan bahasa Cina, sebenarnya terdapat banyak nilai baik yang boleh
dijadikan oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai panduan dan pedoman dalam usaha
memperkasakan bahasa Melayu.
Kesimpulan
Akhir kata, Bahasa menunjukkan jati diri seseorang. Maksudnya, bahasa
menampakkan pola pikir, kebiasaan, sifat khusus, atau kecerdasan seseorang.
Inilah mengapa seseorang bisa membaca bagaimana level berpikir orang hanya dari
cara orang menggunakan bahasa. Makna yang kedua ini berhubungan dengan tata
bahasa dan erat kaitannya dengan ketertiban memegang kaidah bahasa. Tidak kira siapakah mereka, agama apakah
mereka, bangsa apakah mereka. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya
mengamalkan penggunaan bahasa yang betul agar dapat dicontohi oleh Negara lain.
Sikap mengambil tahu akan budaya serta
agama masyarkat lain merupakan sesuatu yang terpuji. Sebagai sebuah negara
majmuk yang berbilang kaum dan penuh dengan budaya, adat resam serta bahasa
yang berlainan adalah sangat penting jika setiap rakyat di negara ini bersikap
proaktif dan memahami sensitiviti setiap kaum. Langkah ini bukan sahaja dapat
menyelamatkan negara daripada terperangkap dalam pendebatan agama yang tidak
berkesudahan, malah ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara
setiap kaum.
Satu
hal yang pasti, usaha memperkasakan bahasa Melayu sebenarnya bukan hal yang
remeh sebaliknya amat penting kerana bahasa menjadi benteng bagi memperteguh
jati diri bangsa. kita sedaya upaya haruslah
mengamalkan penggunaan bahasa yang betul. Seiringlah dengan kemajuaan Negara
kita yang sedang pesat berlaku. Bahasa lambang keperibadian sesuatu masyarakat
.Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya.
Jadi, jelaslah bahawa setiap bangsa ada
cara tersendiri untuk mengekalkan perpaduan antara kaum mengikut budaya mereka
dan adat resam masing-masing. Akhir kata, bahasa dan bangsa tidak boleh
dijual beli dengan wang ringgit.
Lampiran
Rujukan
6. Tan, Marsha, Teh, Eng Hock, Vijayan,
Meera & Zolkepli, Farik (Nov. 7, 2006), Bangsa Malaysia in mins
7. Maidin, Zainuddin (1994). The Other
Side of Mahathir. Utusan Publications & Distributors
Comments
Post a Comment